dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026

30 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Ogos 2026, NADI seluruh Malaysia telah mengadakan program Senam Sihat MADANI Merdeka yang dijalankan secara serentak. Hal ini kerana pihak Jabatan NADI ingin mencetak sejarah ‘Book Of Record’ Malaysia untuk program besar-besaran ini. Jadi NADI Felda Taib Andak telah menjalankan program Senam Sihat MADANI Merdeka ini di perkarangan NADI Felda Taib Andak.

Seramai 59 orang peserta telah hadir memeriahkan lagi program kami. Program yang bermula pada seawal jam 7:30 pagi sehingga 11:00 pagi itu berjalan lancar dan mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh komuniti setempat. Program dirasmikan oleh Ketua Kampung Felda Taib Andak, Hj Zulkefli sebagai tetamu kehormat.
Selain itu, NADI Felda Taib Andak telah menjalankan saringan kesihatan secara percuma kepada semua pengunjung yang hadir di program Senam Sihat ini. Makan dan minum juga disediakan kepada semua pengunjung yang hadir secara percuma.

Diharap akan lebih ramai lagi komuniti yang akan menyertai program bersama NADI Felda Taib Andak dan memberikan manfaat kepada mereka tidak kira peringkat umur serta mengeratkan lagi hubungan NADI bersama komuniti setempat terutamanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.